Aku harap dia tahu...

Apakah aku akan kehilangannya? Teka-teki itu hanya terjawab dalam minggu ini.

Aku taknak kehilangannya,
Tapi aku tahu...aku tak mampu nak ubah pendiriannya. Siapalah aku...
Biarlah dia buat keputusan dengan tenang demi masa depan dan perasaannya.

Tapi aku nak dia mengerti yang aku benar-benar mengharapkan kehadirannya utk terus bersama-samaku. Aku percaya ada yang turut merasai perasaan yang sama denganku.

Aku harap dia tahu membezakan sesiapa yang menghargainya. Dia tetap penting walaupun dia rasa kehadirannya seperti tak dihargai dan tak disedari. Mungkin tidak terluah dengan kata-kata tapi hakikatnya 'ada' yang akan merasai kehilangannya...

Walaupun aku tahu dia sudah banyak bersabar dengan sikap segelintir manusia yg selalu menyakiti hatinya. Aku tahu ada yang gembira di atas kehilanganku ini. Manusia yang akan terasa menang walaupun bukan mereka sebagai puncanya.

Kadang-kadang hidup ini menuntut sejuta pengorbanan.
Kadang-kadang diri rasa tak mampu lagi nak meneruskan.
Kadang-kadang walaupun payah...kita terpaksa juga mengharunginya... kerana komitmen, kerana budi, kerana tanggungjawab.
Hakikatnya, kita terpaksa berkorban walaupun dimana kita berada.
Sekurang-kurangnya ada orang yang masih boleh memilih.
Bagaimana dengan orang yang tak punya pilihan?
Terpaksa menelan segalanya walaupun pahit bak hempedu.

Aku tak salahkan takdir... andai semua sudah suratan
mungkin aku memang selalu kena bersendirian...
tapi Tuhan tak suka orang yang cepat berputus asa
Oleh itu, aku akan terus berdoa...
semoga dia akan berubah fikiran...
Masih punya waktu...
untuk aku terus berharap

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku masih memerlukannya

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku taknak kehilangannya

0 comments: