Gadis dan Gathering

Warga wangsa budi + nor + Izah
Apa yang dah rentung tu... terbalikkan cepat!
Peace!

Wangsa Budi, 26 Jan 2008

Jam 6.30 pagi, mandi, solat dan bersiap-siap nak pergi jogging. Hahaha. Macam tak caya je kan. Bersemangat sikit sebab Nor nak ikut sekali. Pagi-pagi sibuk cuba tracksuit dan t-shirt. Siap aku offer stoking baru lagi.

"Nak pergi mana ni?" tegur Dada yang terkulat-kulat bangun tidur sewaktu kami melangkah turun ke tingkat bawah.

"Kami nak pergi jogging," jawabku selamba. Nor tersengih-sengih sambil memakai stoking baru yang siap ada jari, macam sarung tangan pula.

"Ada raket tak?" tetiba aku rasa teruja nak main badminton. Dada sekadar mengangguk lantas beredar masuk ke dalam biliknya.

"Tapi besarlah sikit. Tak tahulah akak muat ke tak?" Dada menghulurkan sehelai jaket biru yang agak besar. Aku memandang Nor sambil mengangkat kening. Nor mula ketawa.

"Akak cakap raketlah, bukan jaket," balasku sambil ketawa. Dada mula tersenyum malu.

"Ada... ada," balasnya lantas terbongkok-bongkok di bawah tangga mencari raket badmintonnya.

Aku dan Nor menghabiskan masa pagi tu bermain badminton sepuasnya.


"Jom main buaian," ajak Nor secara tiba-tiba. Aku cuma tersenyum. Memang itu salah satu aktiviti wajibku setiap kali aku pergi ke taman permainan itu. Mengalahkan budak-budak, kami berlumba-lumba tengok buaian siapa yang paling tinggi ayunannya. Macam biasalah, mestilah buaian aku.

"Kau tak gayat ke?" soal Nor. Kelihatan budak-budak lain memandang kami dengan muka tidak puas hati.

"Taklah. Dulu masa aku kecil, rumah aku betul-betul depan padang permainan. Aku selalu main buai yang lagi tinggi dari ni. Buai laju-laju pastu berdiri atas buaian, lepas tu kami terjun dari buaian tengok siapa boleh lompat paling jauh," balasku sambil melajukan ayunan buaianku.

Sampai di rumah, berkobar-kobar masak jemput-jemput ikan bilis @ cekodok ikan bilis untuk sarapan anak-anak di rumah. Macam mana nak kurus, balik senaman terus makan lak.
Lepas tu pergi ofis pts, ambil filem memandangkan aku akan bercuti hari Isnin. Hari ni kena jadi orang g-dex walaupun hari ni sebenarnya hari cuti.

Konon-konon nak ikut jalan short cut ikut bandar tasik permaisuri. Tapi lepas tu sesat barat ntah ke mana. Nak call GPRS tapi takde kredit lak. Terpaksa la ikut gerak hati. Last-last sampai juga ke Bandar tasik permaisuri, hantar dokumen pada dia. Hantar filem ke BS Print di Jalan Kuchai Lama dan Prin-Ad di Taman Sg Besi. Lepas tu, terus balik ke rumah mak.


Petang ni ada gathering kat rumah Kak Nor ngan Abg Zarin. Janji dengan Geng Wangsa Budi (Izah dan Nor pon ikut sekali) jumpa depan Uniten sebab diorang tak tahu jalan ke sana.

Sampai di sana, Abg Arief, Hanim, Buja, Fiza, Lia dan Nazri dah ada di sana. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Ada yang tukang makan, tukang bakar n tukang halau lalat. Ada kebab, ada ayam bakar, udang bakar, sotong, sosej (menu kak nor dan Che cik). Aku cuma bwk limau sekotak. Fiza n buja masak pasta. Yang makanan lain tak sempat nak interview sapa tukang masaknya. Yg pasti rombongan wangsa budi masing-masing bawa air botol sorang sebotol.

Kali ni lebih meriah daripada majlis gathering sebelum ni.
Seorang demi seorang tetamu mula hadir. Ikhram sekeluarga, Zain dan Kak Ina Popular, Bahar dan Imran. Abg Faris sekeluarga, kawan-kawan Shidan dan Kak Shaza. Kak Shaza bawa garlic bread. Sedap tau! (maklum la aku yg tukang sapu n bakar) Hehehe... Pukul 10 malam, baru aku tiba semula ke rumah.

Rugilah sapa yang tak join. Tapi tak mengapa, Kak Nor nak jadikan aktiviti bulanan. So next month, insya-Allah ada peluang lagi.

1 comments:



Fazl said...

G-dex..
lama tak dengar nama tu.. =)