Semoga ada hikmahnya...

Gambar Idan masa hari raya 2007.

Pada 25hb Feb, aku sekali lagi menerima panggilan di waktu pagi. Sekarang memang dah fobia bila terima panggilan telefon di tengah malam atau awal pagi daripada family. Terlalu banyak sangat dugaan untuk tahun ini. Hampir setiap minggu ada sahaja kematian dan sebagainya.


Kali ini berita adikku kemalangan. Aku cuba memahami tiap butir bicara adik bongsuku yang menelefon sambil menangis. Tidak semena-mena, kenangan arwah abah accident kembali menerpa. Dalam hatiku, aku cuma berdoa semoga keadaannya tidak teruk. Aku terbayang keadaan mak. Mesti mak rasa apa yang aku rasa sekarang.

Sampai di Hospital Putrajaya, semua ahli keluargaku sudah berada di wad kecemasan. Idan masih belum keluar. Dikna kata kepalanya berlumuran darah. Tengah hari, barulah Idan dimasukkan ke wad. Paha kanan patah, Kedua-dua tulang pinggul juga patah. Dagu dan kepalanya berjahit. Dia masih mamai semasa aku menemuinya. Mungkin kerana hentakan yang kuat.

Selang dua hari selepas tu, kami diberitahu yang pembedahan untuk tulang pinggul tak dapat dijalankan. Tulang pinggul sebelah kanan cedera teruk. Ada darah beku. Doktor minta tandatangan untuk suntik ubat bagi mengelakkan serangan jantung akibat darah beku itu.

Hari ini baru aku punya kesempatan menulis entry ini. Idan baru sahaja selesai operation paha kanannya. Mak kata dah tiga kali doktor suntik ubat tahan sakit tapi masih tak berkesan. Idan masih mengelupur menahan sakit. Tambahan pula, berlaku pula pendarahan dari luka pembedahan tu. Mak kata lencun. Idan tu kuat sangat tahan sakit. Aku tahu mesti dia sakit sangat sekarang.

"Ya Allah, sembuhkanlah adikku seperti sedia kala. Amin...."


Perkara yang paling menyakitkan, apabila melihat orang yang kita sayang susah tapi kita tak mampu berbuat apa-apa. - aurabutterfly