Aku harap dia tahu...

Apakah aku akan kehilangannya? Teka-teki itu hanya terjawab dalam minggu ini.

Aku taknak kehilangannya,
Tapi aku tahu...aku tak mampu nak ubah pendiriannya. Siapalah aku...
Biarlah dia buat keputusan dengan tenang demi masa depan dan perasaannya.

Tapi aku nak dia mengerti yang aku benar-benar mengharapkan kehadirannya utk terus bersama-samaku. Aku percaya ada yang turut merasai perasaan yang sama denganku.

Aku harap dia tahu membezakan sesiapa yang menghargainya. Dia tetap penting walaupun dia rasa kehadirannya seperti tak dihargai dan tak disedari. Mungkin tidak terluah dengan kata-kata tapi hakikatnya 'ada' yang akan merasai kehilangannya...

Walaupun aku tahu dia sudah banyak bersabar dengan sikap segelintir manusia yg selalu menyakiti hatinya. Aku tahu ada yang gembira di atas kehilanganku ini. Manusia yang akan terasa menang walaupun bukan mereka sebagai puncanya.

Kadang-kadang hidup ini menuntut sejuta pengorbanan.
Kadang-kadang diri rasa tak mampu lagi nak meneruskan.
Kadang-kadang walaupun payah...kita terpaksa juga mengharunginya... kerana komitmen, kerana budi, kerana tanggungjawab.
Hakikatnya, kita terpaksa berkorban walaupun dimana kita berada.
Sekurang-kurangnya ada orang yang masih boleh memilih.
Bagaimana dengan orang yang tak punya pilihan?
Terpaksa menelan segalanya walaupun pahit bak hempedu.

Aku tak salahkan takdir... andai semua sudah suratan
mungkin aku memang selalu kena bersendirian...
tapi Tuhan tak suka orang yang cepat berputus asa
Oleh itu, aku akan terus berdoa...
semoga dia akan berubah fikiran...
Masih punya waktu...
untuk aku terus berharap

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku masih memerlukannya

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku taknak kehilangannya

Hepi besday AYU...

Hari ni besday best fren aku. Tapi aku dah tak stay kat Serdang lagi so camner nak jumpa dia. Lagipun mlm ni maybe dia celebrate ngan unta, kan.

Hari ni macam biasalah...busy...busy...busy. Ntah bila yang nak ada masa pon aku tak tahu.Hari ni format pc...abis semua email PTS hilang (aku mana tahu email pun kena back-up gak) Hehehe... So, pada writer yg dah terbaca...silalah email pada saya sbb takut semua email address semua dah ilang gak.

To Ayu, aku doakan ko dapat habiskan tesis master ko dgn jayanya dan semoga ko panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat dpt jodoh (lagipon ni la yg ko nak kan, hehhehe). Jangan marah, nanti kena jual.

Ramai juga yg komen naper blog aku ni jiwang....
Nak buat macammana... Dah aku ni mmg minah jiwang wpon selalu je berlagak brutal kat opis...
Peace...(bak kata ridha).

Minggu yang suram

Minggu ini PTS dilanda taufan. Dihujani dengan kata keji dan hasutan. Orang-orang yang mencari titik hitam di atas lembaran putih.

Namun perjuangan perlu diteruskan. Mujur ada yang masih punya akal untuk menilai dan yang paling penting ada sumber inspirasi bagi menceriakan hari-hariku yang suram. Acih...

Teringat kata Puan Ainon - Hanya pohon yang buahnya manis dibaling orang.

syazurin@yahoo.com - Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG..seucap JANJI membuat kita percaya..sekecil LUKA membuat kita KECEWA..tetapi..sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA.....