Lepaskan....

Cerita antara kita... Pernahkah anda rasa bagaimana kalau anda terpaksa melepaskan orang yang anda sayang? Kerana dia tidak ditakdirkan milik anda? Dan anda terpaksa akur dengan keputusan yang bukan kerelaan anda....
"Tahu tu baby awak, tapi sekarang baby tu dah boleh jalan. Dia dah besar. Lepaskanlah dia. Apa yang susah sangat?"
Bergenang air mata di kelopak matanya. Mencucuk jiwanya jauh ke dasar.
Baby yang disayangi sepenuh jiwa. Bersengkang mata dia menjaganya. Berhempas pulas tanpa jemu. Ditatang bagaikan minyak yang penuh. Diasuh dan dijaga dengan penuh kasih-sayang.
Waktu baby masih kecil, tiada siapa yang peduli. Berak, kencing, bila baby sakit. Bila baby jatuh. Tiada siapa yang peduli. Hanya mereka yang menyayangi baby sahaja yang peduli.
"Susah sangatkah? Awak kena belajar lepaskan walaupun saya tahu awak sayang baby."
Hanya air mata yang mengalir tanpa sebarang jawapan. 
Kenapa bila baby dah besar, dah comel. Dia patut lepaskan pada orang lain. Patutnya, dia tak perlu lagi bersusah payah dan bersengkang mata seperti dulu. Hanya melihat baby membesar dengan sihat dan riang.
"Awak ambil saja baby yang baru... Apa susah? Okey?"
Dia terpaksa melaluinya sekali lagi. Semua getir itu. Sanggupkah?
Tapi itulah suratan takdir untuknya. Tanpa kompromi. 
Melepaskan sesuatu yang disayangi... bukanlah perkara yang mudah. Hanya yang merasa tahu apa maknanya. Demi baby, dia hanya mampu berdoa. Semoga dia terus tabah! Kadang-kadang dunia memang tidak adil. Tetapi itu semua dugaan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu.... Hanya Tuhan yang tahu. Redha... dan lepaskan....