Dear Diary dan Kembar Terpilih


Dua minggu lepas, aku dan team PTS pergi Berita Harian dan Utusan. Tak dinafikan memang banyak dugaan untuk aku hari tu. Semua yang pergi hari tu tahulah apa yang terjadi. Dari start pegi sampai balik, dugaan sepanjang jalan.

Boleh masuk dlm unfortunate event la kiranya. betul-betul menduga kesabaran aku. Tapi aku masih lagi mampu tersenyum walhal kete aku dah pun selamat dihantar ke bengkel hari tu. Aku dah start terbayang berapa byk RM terbang tambahan pula bila kerosakan tu melibatkan gearbox. Uwaaaa.....

Aku cuma berdoa mungkin ada hikmahnya. Tapi misi aku tetap berjaya. Walaupun kereta rosak. Aku gagahkan juga ke destinasi terakhir kami iaitu pejabat Utusan memandangkan waktu kerja hampir tamat. Macam mana nak balik belakang kira. Yang penting... Misi aku selesai.

Mungkin ini penawar bagi dugaan aku. Akhirnya buku-buku PTS One di review juga dalam akhbar Utusan pada 16hb Disember 2006. Terima kasih buat Maria dan team Yo! di Utusan. Ulasan yang menarik!

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua pengunjung dan kenalan yang mengenali diri ini.
Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin.


Tahun ni rasanya macam tak beraya. Terasa macam tak best sebab ada saja yang tak kena. Nak raya pon, hati tak senang. Teringat itu, teringat ini. Terbayang rasanya kerja menimbun bila naik nanti. Memang betul pun. Ambik kau! Memang tahap menduga iman lah.

Gambar ni masa buat majlis berbuka puasa kat Riverstone Eco Resort. Bangga sekejap sebab anak Kak Nurul ni taknak sangat dengan orang tapi dengan aku, dia nak pulak. Ramai gak la yang jeles hari tu. :P

Anyway, tu la gambar terbaru aku sejak dah takde kamera. Raya langsung takde gambar. Sadis betul. Production bulan ni lari sikit. Printer problem walaupun kitorg semua dah pulun sebelum raya. Waaaaa!!!!!!!!! Sia-sia je semua usaha sebelum cuti raya.

Apapun. Ni semua dugaan, kena sabar. Kalau tak diduga, alamatnya Tuhan tak sayang. Sedapkan hati sendiri. Huhuhuhu....

My Heart



Aku tak tonton lagi cerita ni... tapi aku banyak review komen penonton-penonton dari Indonesia. Komen-komen tu memang membantutkan aku nak menonton filem ni di wayang. Salah satu review yang kelakar pasal tajuk cite tu. Rupa-rupanya cite tu ada kaitan dengan derma hati. Pastu org tu komen... kalau gitu tajuknya enggak sesuai letak 'Heart'.... tajuk yang paling sesuai "Liver" dong. :D

Tapi aku suka lagu tema cerita ni. Kawan aku kata maybe sebab aku jiwang tapi aku tengok ramai je yang suka lagu ni juga. Gambar ni aku ambil dari laman web abg kat office aku (www.darikawan.com). Kat bawah tu kan ada tulis nama dia. Hehehe....


Sekarang aku selalu letih. Tahu sebab apa? Bila baca majalah, asyik jumpa je salah eja dan sebagainya. Lagi satu masa tengok TV, pun asyik jumpa je kesalahan dari segi translation dan sebagainya. Sampai kekadang... dialog dalam radio pon rasa macam nak edit. Letih betul! Konon nak release tension tapi macam tambah tension lak. :P

Selamat Pengantin Baru Abg Lan dan Kak Bae


Semoga berkekalan hendaknya... Amin
Mula-mula mmg niat nak g kenduri kawin diorg.... tapi takde member la pulak yang nak gi...
Jauh... kat terengganu...
Jadi bagi hadiah je la.. siap pesan kat abg lan jgn bukak dulu sbb bg seminggu awal.
Anyway, tahniah la...

Yang dah selamat... linda(along), harry dan shery, abg lan ngan kak bae...
Kalau dulu cukup geng.. 5 lelaki, 5 pompuan...
so 2 lelaki dan 2 pompuan dah selamat...
Tinggal lagi 3 pasang.... kuikuikui...
yg 3 pasang ni macam takde kesedaran je lagi... hehehehe....

Gambar along takde... Along pon mcm dah lost contact je ... lepas kawin...huhuhu

Harry ngan Shery ... (satu2nya couple yang kawin sama geng... setakat ini la...)


Harapan yang tak kesampaian.


Aku dah lama tercari-cari siapa yang mendendangkan lagu ini. Senikatanya benar2 menyentuh hati. Huhuhu...

Harapan - Fazli Zainal

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.

Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Lagu/lirik: Hazami


Kadang-kala bukan kehendak kita... tapi kita terpaksa merelakannya...

Dispora Singapura

Novel yang br siap ku edit dan layout... Menarik... Aku tertarik dengan gaya penulisannya... Imad, semoga terus sukses ok. Chayok2...


Diari kehidupan seorang penuntut di UIA bernama Shamsuri. Hatinya sudah terpaut kepada anak gadis salah seorang kenalan ayahnya yang bernama Maryam sejak kecil lagi. Namun Shamsuri berasa hampa selepas Maryam menolak cintanya itu kerana selama ini dia menyangka dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Namun hatinya terubat kembali selepas bertemu Idayu dan Fauzana yang merupakan rakan sekampusnya. Walaupun mereka cuma berhubung melalui SMS dan surat, itu sudah cukup buat Shamsuri. Dunianya terasa ceria semula. Shamsuri jatuh hati pada Idayu kerana Idayu ibarat burung merpati yang boleh didampingi tapi sukar ditangkap. Itu yang membuatkan Shamsuri semakin bertekad untuk memiliki hati Idayu.
Rupa-rupanya dalam diam, Idayu sudah ada teman dan Shamsuri tidak dapat menerima hakikat itu kerana Idayu membohonginya selama ini.
Eizlan yang merupakan rakan baik Shamsuri merasakan dia perlu berbuat sesuatu apabila melihat Shamsuri yang tertekan dengan Idayu ditambah pula dengan berita pemergian neneknya. Shamsuri cuba menyibukkan diri dengan aktiviti Kelab Pemuda Quranik dan Kelab Penyayang yang dipengerusikan oleh Eizlan. Di kelab itu, dia berdepan pula dengan Nur, seorang gadis misteri yang bermasalah dan selalu muram. Shamsuri mula lupa akan masalahnya dan cuba menyelongkar masalah yang dihadapi oleh Nur. Hatinya terpaut pula pada Nur namun Shamsuri bersyukur kerana Nur berterus-terang yang hatinya sudah dimiliki dan tidak membiarkan Shamsuri terus berharap seperti mana Idayu pernah lakukan dulu
Zarifah, kenalannya dari satu kelas di setiap pagi Sabtu. Dia hanya menghantar SMS pada Zarifah tanpa memperkenalkan dirinya. Zarifah memberikan respon yang baik dan cuba mencari identiti si penghantar SMS misteri. Serangkap pantun di hari Shamsuri memberi syarahan merungkai segala persoalan. Perkenalannya dengan Zarifah cuma seketika. Gadis itu rupanya hanya mahu bersahabat sahaja. Sekali lagi, hati Shamsuri tidak sempat berbunga.
Dalam diam, Shamsuri mengagumi sifat Nisa’, kenalannya semasa dalam Kelab Penyayang. Eizlan selalu mengusik Nisa’ dan cuba memadankan Nisa’ dengan orang-orang tertentu tetapi Nisa’ menolak dengan tegas. Baginya, Nisa seorang gadis yang berprinsip dan tidak mudah melatah. Entah mengapa, perasaan pelik menerjah di jiwanya dan tidak suka Nisa’ diusik dengan orang lain. Dia sendiri bingung mengapa tiba-tiba perasaan cemburu mengisi hatinya.
Satu malam, Shamsuri, Aroy dan Helmey mula membincangkan nasib mereka yang tidak punya teman istimewa. Maka, malam itu tertubuhlah Kelab Bujang Sekampus dan ahlinya mestilah orang yang tidak mempunyai teman yang istimewa. Aroy dan Helmey mula merancang ingin mencari lubuk yang sesuai untuk memasang umpan. Namun begitu, Shamsuri pula membuat keputusan ingin meneruskan statusnya yang tidak berteman itu sepanjang pengajian.
Sahabat Shamsuri, Aiman difitnah orang gara-gara gambar Aiman dan Effa yang bergandingan mesra terpapar di frenster. Aiman yang sebelum ini dihormati kini mula dikeji. Rupa-rupanya, Effa mengidap penyakit leukemia dan Aimanlah yang sering menemaninya ke hospital. Aiman meminta Shamsuri meleraikan salah faham yang sudah timbul dikalangan rakan-rakan sekampus. Tiba-tiba, Effa mula menuduh Shamsuri yang menghebahkan salah-faham itu. Pertengkaran anatara Effa dan Shamsuri menyebabkan Effa jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Secara tidak langsung, hubungan Aiman dan Shamsuri menjadi retak dan terjejas teruk.
Shamsuri akhirnya mengakui pada Eizlan akan perasaannya pada Nisa’. Eizlan begitu bersemangat menyokong keputusan Shamsuri. Namun Shamsuri masih bimbang Nisa’ akan menghampakannya dan merasakan Hazique (adik Eizlan) yang rapat dengan Nisa’ turut suka pada Nisa’. Eizlan menafikannya dan berjanji akan menyelidik perkara tersebut. Tekaan Shamsuri memang benar dan Eizlan terpaksa menarik diri dan tidak dapat membantu Shamsuri.
Nisa’ mengetahui hubungan Shamsuri dengan Fauzana dahulu. Terpaksa pula Shamsuri menjelaskannya. Ahli Kelab Penyayang selalu menggosipkan Nisa’ dan Hazique membuatkan Shamsuri tambah cemburu. Namun, Nisa’ ada memberikan respon positif membuatkan Shamsuri merasakan dia masih ada harapan.
Nisa’ digesa oleh ibunya memberi jawapan siapa pilihan dihatinya sebelum 1hb April. Selain Shamsuri, ramai lagi yang menagih perhatian Nisa’ menyebabkan sukar untuknya membuat keputusan.
Surat lipatan burung merupakan strategi terakhir. Kali ini, Shamsuri mempertaruhkan persahabatannya dengan Nisa’. Dia sudah letih menunggu. Kali ini, dia bertekad meskipun rasa takut pada kenangan silam masih terbuku di hatinya, dia akan berterus-terang. Kerana dia sudah bosan hidup tanpa arah. Kerana dia tidak mahu lagi menjadi diaspora yang terbang ke sana sini ditiup angin tanpa tujuan.

Aku harap dia tahu...

Apakah aku akan kehilangannya? Teka-teki itu hanya terjawab dalam minggu ini.

Aku taknak kehilangannya,
Tapi aku tahu...aku tak mampu nak ubah pendiriannya. Siapalah aku...
Biarlah dia buat keputusan dengan tenang demi masa depan dan perasaannya.

Tapi aku nak dia mengerti yang aku benar-benar mengharapkan kehadirannya utk terus bersama-samaku. Aku percaya ada yang turut merasai perasaan yang sama denganku.

Aku harap dia tahu membezakan sesiapa yang menghargainya. Dia tetap penting walaupun dia rasa kehadirannya seperti tak dihargai dan tak disedari. Mungkin tidak terluah dengan kata-kata tapi hakikatnya 'ada' yang akan merasai kehilangannya...

Walaupun aku tahu dia sudah banyak bersabar dengan sikap segelintir manusia yg selalu menyakiti hatinya. Aku tahu ada yang gembira di atas kehilanganku ini. Manusia yang akan terasa menang walaupun bukan mereka sebagai puncanya.

Kadang-kadang hidup ini menuntut sejuta pengorbanan.
Kadang-kadang diri rasa tak mampu lagi nak meneruskan.
Kadang-kadang walaupun payah...kita terpaksa juga mengharunginya... kerana komitmen, kerana budi, kerana tanggungjawab.
Hakikatnya, kita terpaksa berkorban walaupun dimana kita berada.
Sekurang-kurangnya ada orang yang masih boleh memilih.
Bagaimana dengan orang yang tak punya pilihan?
Terpaksa menelan segalanya walaupun pahit bak hempedu.

Aku tak salahkan takdir... andai semua sudah suratan
mungkin aku memang selalu kena bersendirian...
tapi Tuhan tak suka orang yang cepat berputus asa
Oleh itu, aku akan terus berdoa...
semoga dia akan berubah fikiran...
Masih punya waktu...
untuk aku terus berharap

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku masih memerlukannya

Aku cuma nak dia tahu...
Yang aku taknak kehilangannya

Hepi besday AYU...

Hari ni besday best fren aku. Tapi aku dah tak stay kat Serdang lagi so camner nak jumpa dia. Lagipun mlm ni maybe dia celebrate ngan unta, kan.

Hari ni macam biasalah...busy...busy...busy. Ntah bila yang nak ada masa pon aku tak tahu.Hari ni format pc...abis semua email PTS hilang (aku mana tahu email pun kena back-up gak) Hehehe... So, pada writer yg dah terbaca...silalah email pada saya sbb takut semua email address semua dah ilang gak.

To Ayu, aku doakan ko dapat habiskan tesis master ko dgn jayanya dan semoga ko panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat dpt jodoh (lagipon ni la yg ko nak kan, hehhehe). Jangan marah, nanti kena jual.

Ramai juga yg komen naper blog aku ni jiwang....
Nak buat macammana... Dah aku ni mmg minah jiwang wpon selalu je berlagak brutal kat opis...
Peace...(bak kata ridha).

Minggu yang suram

Minggu ini PTS dilanda taufan. Dihujani dengan kata keji dan hasutan. Orang-orang yang mencari titik hitam di atas lembaran putih.

Namun perjuangan perlu diteruskan. Mujur ada yang masih punya akal untuk menilai dan yang paling penting ada sumber inspirasi bagi menceriakan hari-hariku yang suram. Acih...

Teringat kata Puan Ainon - Hanya pohon yang buahnya manis dibaling orang.

syazurin@yahoo.com - Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG..seucap JANJI membuat kita percaya..sekecil LUKA membuat kita KECEWA..tetapi..sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA.....

sepinya hariku...

Minggu nie betul-betul stress... sakit hati, sakit kepala, sakit badan dan sebagainya.
Aku rasa dunia aku betul2 buat aku tak selesa. So many problem.
Kadang-kadang rasa tak tahan sgt... tp aku tak tahu nak cite ngan sapa.

Maybe mmg nasib aku la agaknya. Sabar je la... Harunginya walaupun payah.

Dunia mmg lah sepi.... bila kita sedih... huhuhu (Gilo apo!)

Tak sama seperti hari sebelumnya

Sebenarnya dah lama sgt (dekat setahun gak la, 9 bulan la...melampau sgt kalau sethn) aku tak update blog ni. Maybe sbb takde masa. Skrg team dah tambah lagi 3 orang... so lega sikit rasanya.
Hari ni byk perkara yg berlaku. Bukuku masih belum siap. Baru nak tumpu susun semula sistem maklumlah dah pindah tpt baru. Hari ni masih berulang kesilapan yg sama di mana aku perlu membuat 2 kali kerja semula. Letih betul. Tapi takpelah... sapa suruh tak check betul2. So sendiri mau ingatlah, beb!
Gi jumpa printer... pon masih ada masalah. Tp masalah baru yg tak pernah lagi dilalui sebelum ni. Ambil jd pengajaran yek!
Mlm ni jugak, PTSone dah ada blog sendiri (ptsone.blogspot.com). Kak Jid(royalrose.blogspot.com) tolong buatkan. Cuma aku harap blog tu nanti tak jadi mcm blog aku ni. Hehehe.... chayok2 ptsone.