Seribu Tahun...



Imran Ajmain - Seribu Tahun

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu... ini cinta
Adakah engkau pasti... ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini... yeah...
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia

Jangan putus harapan... sentiasa setia......



Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya....

Untuk menyakiti memang mudah, apa yang paling susah adalah hendak menjaga hati. -aurabutterfly




Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu


Kehadiranmu...

Menyerikan hari-hariku yang kusam.

Mengembalikan senyuman yang sudah lama pupus di bibirku.

Seandainya jika ia ditakdirkan cuma untuk seketika...

Sekurang-kurangnya aku tahu aku pernah bahagia...

Hari-hari terakhir


Ramadan sudah hampir berakhir. Buat aku terfikir sebentar, masihkah aku dapat bertemu semula dengan ramadan yang mulia ini. Masihkah ada kesempatan itu?

Hari ini genap 13 tahun orang yang paling kusayangi pergi...

Hari ini aku masih ingat akan senyumannya...
gelak tawanya...
selorohnya....
ramahnya....

ada yang kata...
rupaku, tawaku, senyumku...
memang tak tumpah sepertinya...
memanglah...
akukan anak abah... (mcm iklan digi lak... hehehe)


Nak buat ucapan raya pula...

Buat mak dan adik-adik yang tercinta

Kak long minta maaf atas segala kesilapan kak long selama ini. Kak long doakan semoga keluarga kita sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selamanya. I love you all so much.

Buat semua sahabat yang mengenali diri ini...

Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan gurauan. Persahabatan kalian paling bernilai buatku.

Buat warga PTS yang diingati selalu...

Semoga ceria selalu di aidilfitri ini.Maaf zahir dan batin ya kalau ada gurauan yang menyinggung perasaan kalian semua.

Office lah tempat yang paling banyak aku habiskan masa. Bak kata Kak Nor... maklumlah kategori budak-budak yang takde life.

Buat semua penulis...

Teruskan menghasilkan karya yang baik untuk tatapan pembaca semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maafkan saya ya!

Ramadan ini...


Selamat berpuasa semua...
Ampun maaf dipinta atas setiap kesalahanku pada kalian. Aku bukan manusia yang sempurna.

Semoga ramadan ini membawa keberkatan dalam hidup kita.
Ramadan tahun ini membawa seribu erti dalam hidupku. Terlalu banyak peristiwa yang tidak terungkai dengan kata-kata. Yang datang dan pergi silih berganti...

Untuk seketika, aku rasa bagai berhenti di satu titik.
Inginku menoleh semula ke belakang.
Namun, hanya debu yang berterbangan.
Inginku teruskan langkahku namun terasa longlai.
Hanya kabus yang berada di depan.

Tolong biarkan aku sendirian
Aku keliru...
Haruskah aku berpatah balik ataupun terus ke depan?
Oh Tuhan, berikan petunjukMu.
Aku kan pasrah dengan ketentuanMu.

Keasingan Dalam Duka




Kelembutanmu
Tiada sehalus perasaan
Untuk dilukiskan pengertian
Pada suatu
Percintaan
Manisnya cinta
Terselit duri yang menyakitkan
Namun ku teruskan penitian
Mendekati hatimu
Percintaan dalam sengsara
Tanpa pengertian
Namun ku iringkan
Keyakinan
Ketabahan tercalar luka
Dikau ku lepaskan
Setelah hati terkorban
Disusuk duri kelukaan
Kehilanganmu atas sebuah kerelaan
Walau keasingan dalam luka
Mengisi
Masaku




Selamat berpuasa semua....

Hari ini hari pertama puasa. Tiba-tiba hatiku teringat pada orang2 yang kusayangi tetapi kini aku kehilangannya utk selamanya.... dgn rasa terkilan yang membeban.

Malam tadi memang terasa penat sgt... tapi kugagahi jua pulang ke pangkuan. Mencari sedikit ketenangan menatap wajah2 kesayangan yang sudah lena dibuai mimpi. Tak perlu kukongsi kesedihanku... sekadar mencari penawar pengubat luka. Aku cuma mahu meluangkan masa yang ada... utk mereka yang tersayang.

Mungkin sebelum ini, mereka sudah lama beralah... membiarkan aku dgn urusanku, memahami kesibukanku.

Mak selalu berpesan, apapun yang kita buat... biarlah ikhlas, buat sebaik mungkin. Insya-Allah, Allah akan sentiasa bersama kita dan melancarkan segala pekerjaan kita....

Tapi tika ini aku rasa itu yang perlu... luangkan masa. Hargailah mereka yang kita sayangi selagi masih punya waktu... Kerana rasa terkilan tu terlalu berat untuk dipikul hingga ke akhir hayat.

Sanggupkah kita?




Selamat pengantin baru, Marzuki!


Ni gambar kawin member aku. Tapi tak dapat nak hadir wedding dia sbb kena gi Singapore. Apapun, semoga bahagia selalu hingga ke akhir hayat.

Atleast ada gak member yg jumpa cinta laila majnun, kan.

Cuti-cuti di Singapore!

Gambar Jambatan gantung yang diambil dari atas menara


Sebelum panjat menara... dlm basah kuyup merentas laut.

Jln2 naik tram kat pulau sentosa dalam basah kuyup. free je....


Merah tak mee ni?


Destinasi kali ini ke Singapore. Kenapa Singapore? Last aku ke sana masa umur 8 tahun. Dah tak ingat pun kenangan kat sana. Lagipun penat je buat passport mahal2 pastu tak gi memana kan. bagilah penuh sikit cop2 kat passport tu. Hehehe...

Kali ini aku pergi ngan kak nor, nor dan diketuai oleh abg zarin sebagai ketua delegasi. Misi kali ni melawat kedai-kedai buku di sana disamping bercuti untuk release tension. Pergi naik tren sebab tak berani nak naik bas sejak byk sgt kes bas terjun gaung.


1hb Sept 2007

Kul 7.30 mlm dr kajang. Berdoa semoga jalan tak jam, smpi dlm kul 8.00 kat Wangsa Melawati. Ajak nor gi tukar duit sbb tak tukar lagi duit tp duit pon tak gi cucuk lagi kat ATM.

Kami gi Giant Tmn Permata tapi nak jadi cerita takde dolar singapura lagi. Nor sempant lagi berhenti beli beg nak bwk ke sana.Kelam-kabut nak gi tukar kat carrefour tp abg zarin bgth ada satu lagi pengurup wang kat Giant tu. Kami turun kete berlari cari satu lagi pengurup wang. Lega bila dia kata ada lagi. Tapi tetiba cukup utk RM500 je.

Kelam-kabut la gi carrefour wangsa maju. Masuk sana... jam kat tpt parking. last2, buat kerja giler. Park dekat ngan pintu masuk dan blok parking kete lain. Lepas tu, kami berlari cari pengurup wang dlm carrefour. Mmg macam tgh sertai amazing race la sbb nak kejar naik putra sblm kul 9.00 mlm. Mujurlah jumpa dan dapatlah kami tukar duit.

Balik umah mujur ikin dah siap panaskan enjin tggu meluncur je nak hantar kami ke Putra Setiawangsa. Naik putra dlm kul 9.10 mlm.

Sampai KL Sentral kelam-kabut berkejar ke KTM takut terlepas tren. Mujurlah tren tu delay. Lega Naik tren waktu mlm sampai esok pagi. Berhenti kat Woodland utk pemeriksaan kastam.



2hb Sept 2007

Sampai kat woodland, bwk turun semua beg. Takde la lama sgt mcm pemeriksaan kat thailand.
Mkn nasi lemak singapore kat stesen KTM di Tanjung Pagar.

Lepas makan ambil teksi ke Geylang. Nasib baik hotel tu bg tumpang bag kat situ cuma lum leh check in dulu. So kami ke cityhall naik MRT di Al-juneid.

Sampai sana... destinasi pertama ke MPH. Kalau dah org buku... takleh tahan nampak kedai buku.. Mesti nak masuk kan... :D

Lepas tu baru la jln ke kedai2 lain. Sempat juga kami naik ducktour (kenderaan yang boleh jln di darat dan di air) dan jalan2 kat suntec city. Kebetulan tgh ada PC fair kat sana. Orang dah mcm semut. Jam sangat kat MRT.

Lepas kul 2 lebih baru gi check in hotel kat Geylang. Rupanya situ byk ayam... ayam2 kat sini operasi 24 jam tak kira hujan ke panas.

Kami berehat dulu kat bilik...

Petang jumpa pengedar buku PTS kat sana, dia tunjuk majalah yang diedarkan kat sekolah yang ada iklan buku2 pts.... Lepas tu, dia belanja kami makan kat Jurong East. Kami makan ayam penyek dan chilli crab (makanan yg top kat sana la, gmbr tak dpt disertakan kerana kamera nor mcm hp dia gak takde signal kat sana. Hehehehe). Kenyang giler makan walaupun ayam tu penyek....

Destinasi seterusnya, kami ke Little India. Sini terletaknya Mustafa ... syurga membeli-belah di Singapura. Sampai kat situ memang ternganga la masing2. Memang confuse... mmg mcm kat India betullah. Mmg sesuailah nama dia little India. Langsung tak rasa mcm kat Singapura... rasa macam kat Bombay.

Tapi aku bangga sekejap... Sebab salah satu jalan kat sini nama dia Norris rd.

Sampai kat Mustafa, kami sibuk mencari souvenir utk kawan2 di Malaysia. Beli coklat dan keychain je. Itu je pun yang mampu dibeli. Tapi minyak wangi kat sini memang murah. Jimat la beratus ringgit kalau banding dgn harga kat malaysia. Balik hotel... sini lagi meriah... ayam lagi ramai kuar mlm2. Dok intai dari tingkap bilik sambil tepuk tgn bila ada lelaki yg dpt menepis pujukan ayam2 tu...



3hb Sept 2007

Pagi-pagi aku dan nor dah bersiap... seawal 7 pagi dah siap2 mandi... tak sabar nak jln2. Subuh2 pon ayam sudah ada... pendek kata mmg sepenuh masa lah.

Kul 9 lebih baru kuar trus ke pasar di Geylang. Cari breakfast. Mcm-mcm ada... tapi aku ngan nor cuma order mee goreng. Tapi mee goreng tu menakutkan... merah giler... Huhuhu.. mkn sikit je...

Kali ni gi naik MRT dari Paya Lebar ke Jurong East. Mengikut kata En. Anuar (yg belanja mkn ayam penyek) situ kawasan Melayu. Rupa-rupanya trend di sini, kat stesen yang sesak ada kedai buku.

Di Jurong East ada kedai buku Popular. Besar giler macam kat shopping Mall lak. Bagus betul budaya membaca kat sini. Tapi susahlah nak jumpa buku Melayu kat sini, byknya buku dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Destinasi seterusnya, ke Snow City. Buat apa lagi... gi main salji la... Seronoknya. Sampai tergolek2... seluar mmg dah lencun la kena salji. Kemudian, gerak ke VivoCity. Shopping Mall yg baru je bukak tahun ni.

Dari vivocity amik Sentosa Ekspress ke Pulau sentosa. lalu atas laut. Hujan lebat gak kat sana. tgk Merlion yang paling besar. Naik Tram gi menara yg betul2 hujung singapore...Dlm hujan lebat gi gak seberang laut, lalu jambatan gantung dan panjat dua menara tu. best sgt...

Blk naik sentosa ekspres ke vivo city pastu gerak ke orchard road. Singgah ke Kinokuniya di sana. besar sgt2. Tgk buku The Tunnels di highlight kat situ. Rak buku utk young readers pun besar gak. Tapi takde gak buku Melayu. Huhuhu...

Singgah tapau di KFC sebelum gerak ke Geylang utk ambil bag di hotel. Kemudian trus ke Stesen keretapi. Bersiap di sana. Mlm tu berakhirlah journey ke Singapore... Masa tu baru sedar kaki rasa mcm nak tercabut dah.... Hehehe.

Kerja... Kerja... Kerja (25X)... cuti..........

"Cukup ke duit nak balik Malaysia ni. Aduh, pusing kepalaku."

Shopping... jgn tak shopping tapi dua jam je. Huhuhu.... Kami sempat singgah ke Tanah Abang je. Tanah Kakak masa tu tak sempat pegi. (Ada ke Tanah Kakak?)


Makan Nasi Padang kat Restoran Garuda. Harga pun Garuda jugak le. Tapi dah lapor, makan je la apa yang ada yek...



Rombongan Cik Kiah ke Jakarta.


Asyik-asyik kerja je. Minggu ni managerku cuti lama... bestnya... (sebenarnya jealous!) Lepas pesta buku ni pun, baru je aku baik batuk dan selesema.

Last aku cuti2 Malaysia bila ye. Kalau tak silap aku awal bulan Disember tahun lepas. Itupun kerja merangkap cuti le... Ditaja oleh PTS ke Pesta Buku Jakarta. Ni gambar aku masa gi Jakarta. Dulu tak sempat nak publish kat blog. Tengok gambar2 ni semua... aku rasa macam nak gi bercuti la juga.
Hmm... aku nak apply cuti esok la... Nak gi luar negara... kat Thailand pon takpe.. yg penting kalau org tanya... aku boleh cakap la pergi oversea... Hehehehe...


PBAKL 2007

Terduduk dan kebuluran macam dah dua minggu tak makan...
Sesak betul. Kat kaunter takyah cite la... Macam nak tercabut tangan

Team PTS One yang excellent. Dua dah kena sumpah jadi rabbit.



Pesta Buku... selama 10 hari di PWTC. Aku bertugas selama 9 hari, hari-hari terakhir kena sumpah jadi rabbit... Letihnya tak tahu la nak cerita....

Tapi alhamdulillah, aku rasa puas sangat tengok sambutan masa pesta buku tu. Gerai penuh sesak. Walaupun penat, tapi aku rasa berbaloi. Nampak Team PTS One menang tahun ni dengan kutipan paling tinggi (Tu yang bangga sesangat tu!). Tahniah buat semua team member dan semua penulis yang sudi hadir menjayakan pesta buku kali ni.

Tak lupa juga terima kasih untuk semua peminat dan pengikut buku-buku keluaran PTS One. Kekadang rasa nak juling mata tengok mak ayah yg memborong buku untuk anak-anak mereka.

Hati juga tersentuh apabila ada adik yang menangis gara-gara tidak dapat membeli buku kesukaan mereka. Ciannya dia. Takpe... nanti cari kat MPH dan Popular ye!

Di sini ada beberapa gambar yang sempat dipinjam dari rakan-rakan yang ada kamera baru semasa pesta buku. Hehehe....