Gadis dan Kehilangan

Mengikut perancangan, 27hb aku akan ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan cucu kepada atuk saudaraku. Sambil tu bolehlah melawat atuk sekali. Atuk saudaraku itu menghidap kencing manis dan kaki kanannya telah pun dipotong.

"Kak long jangan lupa ambil cuti 28hb tu," pesan ibuku.

Aku memang mohon cuti pada 28hb tetapi rupa-rupanya aku tak sempat juga bertemu dengan atuk. Atuk telah pergi dulu pada 24hb. Kami pulang juga ke Chemor pada 27hb dan pergi menziarah nenek saudara dan majlis perkahwinan cucunya.
Kami balik jam 12 mlm dan selamat tiba di Kajang pada jam 3 pagi.

Hari selasa 29hb, aku mula bekerja semula. Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita tentang atukku sendiri (sebelah ayah) sudah nazak. Tiba-tiba jam 3 pagi (30hb), aku menerima panggilan telefon daripada mak, atuk pula telah pergi. Pagi tu juga aku bergegas pulang ke rumah di Kajang. Jam 8 pagi, kami sekeluarga sudahpun tiba di Tanjung Karang (tempat kelahiran arwah ayahku).

Hanya bacaan Yassin yang dapat aku sedekahkan buat arwah atuk. Atuk dikebumikan betul-betul di sebelah pusara nenekku. Aku hanya duduk berteleku di tepi pusara arwah abah yang tidak jauh dari situ. Sekarang semua datuk dan nenekku telah tiada lagi. Aku kehilangan lagi seorang yang aku sayang.

1hb Feb, cuti hari wilayah. Aku masuk juga ke ofis. Terharu dengan kawan-kawan yang sudi membuat majlis tahlil untuk arwah atukku. Terima kasih semua. Aku sekali lagi dikejutkan dengan berita Kanda Shaza dimasukkan ke KJMC kerana keretakan kaki kanannya. Aku dan Zain bergegas juga ke sana, Kak Nor dan Abg Zarin pun ada di sana. Lama juga kami di sana, jam 10 mlm baru kami beredar.

Malam tu aku demam teruk. Hari Sabtu aku gagahkan juga ke klinik, suhu badan terlampau panas. Dada sempat sediakan air batu untuk dituamkan ke dahi sebelum dia keluar. Tq Dada. Aku terlantar kat rumah sewa. Sebelah petang, mak dan adik2 datang menziarah. Mak paksa juga aku ikut balik ke Kajang.

Aku ni dah lama sangat tak sakit. Dah bertahun-tahun rasanya. Sekali sakit, memang teruk sangat. Hari Ahad (3hb Feb) aku rehat kat umah mak, lagi sekali aku dapat sms yang Zafran pula meninggal dunia di Tampin. Kehilangan demi kehilangan... Al-Fatihah buat arwahnya. Bila pula giliran kita?

Tanda-tanda kematian

1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.
9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.