Apa yang kamu harapkan?

Ya Allah, aku cukup dengan apa yang Kau berikan kepadaku...

Cuba perhatikan sekeliling.
Manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya.


"Awak senanglah, kerja bagus. Sure gaji pun banyak. Saya ini kerja kerani saja. Gaji sikit, kerja banyak," keluh seorang rakanku semasa kami berbual di sebuah kedai mamak.
Pekerja mamak datang menghantar dua gelas minuman yang kami pesan.
Selepas mengucapkan terima kasih, pekerja itu berlalu sambil tersenyum dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.
"Kenapa dia senyum beria pada awak? Kenalkah?" soal rakanku.
"Kenal," balasku.
"Dia baru datang dari Bangladesh. Dah 6 bulan kerja. Tinggalkan anak dan isteri di sana. Balik cuma setahun sekali. Saya pernah terjumpa dia di Giant. Dia cuma beli sekotak maggi, sebungkus bawang dan telur 30 biji. Untuk stok makan sebulan katanya." balasku membuatkan rakanku terdiam.

Kita sudah ada kerja dan pendapatan sendiri. Tahukah di luar sana, ramai lagi yang menganggur dan ada juga sebahagian yang terpaksa berkorban merantau ke tempat orang demi mencari sesuap nasi.

*****

"Saya rasa macam nak minta putus sahaja daripada pakwe saya. Sudahlah bergaji kecil, muka tak hensem pula tu. Macam mana boleh ter'couple' dengan dia pun saya tidak pasti," keluh seorang gadis.
Sekurang-kurangnya masih ada yang mahu kepadamu. Tahukah engkau di luar sana ramai lagi orang yang masih mengharap mempunyai seseorang yang manyayangi mereka. Mungkin kerana kekurangan mereka, mereka sering ditinggalkan ataupun tidak mendapat teman.

******

"Suami saya tu pemalas. Bukannya hendak tolong jaga anak kalau ada di rumah. Lepas tu asyik dengar cakap mak dia sahaja. Belanja rumah pun kadang-kadang saya yang kena tanggung," rungut seorang isteri.
Tahukah kamu wahai isteri, hal sekecil bawang tiada di rumah pun sebenarnya tidak boleh didedahkan. Itu boleh mendatangkan aib kepada suami.
Tahukah kamu masih ramai yang membujang, kerana tidak bertemu jodoh. Betapa bersungguh mereka berdoa agar diberi gelaran itu kepada mereka?


******

"Susah anak ramai-ramai ni. Belanja besar. Macam-macam hal, rasa dah malas nak beranak lagi. Saya nak berjalan ke mana-mana pun susah," rungut seorang ibu. Keadaan dirinya yang tidak terurus menunjukkan betapa serabutnya dia.
Anak itu anugerah Allah. Setiap anak sudah diperuntukan rezekinya.
Bersyukurlah sekiranya kamu mempunyai anak, andainya kamu sudah tiada, doa anak itulah penyambung pahala kamu.
Sedangkan di luar sana, masih ramai lagi pasangan yang mengharapkan kehadiran cahayamata dalam hidup mereka.

******

"Mak aku ini asyik telefon suruh balik kampung. Bukannya dekat. Letihlah nak balik kampung selalu." keluh seorang lelaki kepada temannya.
Sayangilah mereka semasa mereka masih ada dengan kita. Kerana rasa kehilangan dan terkilan itu terlalu pahit.
Tahukah kalian, berapa ramai anak-anak yatim yang merindui ibu bapa mereka yang sudah tiada. Betapa mereka mengharap membesar dan mahu merasi kasih-sayang daripada ibu dan bapa.
******

"Kau cantik bolehlah. Aku ni tak secantik kau."
Sekurang-kurangnya kita masih sempurna fizikal, sedangkan ada insan lain yang terpaksa hidup dengan kekurangan diri mereka sejak dilahirkan lagi.


Jadi, mengapa kalian tidak bersyukur?
Allah menjadikan tiap sesuatu itu ada penyebabnya.
Mungkin ia ujian untuk kita. Tentu ada hikmahnya.
Andai ditakdirkan kita tidak beroleh kebahagiaan di dunia,
berdoalah... semoga Allah beri kebahagiaan di sana.

Percaya qada dan qadar



(










Sering kita mengeluh,
sering kita berharap,
sering kita menyalahkan takdir.

Kadang-kala mata yang terbuka tidak semestinya nampak.
Dengan mata yang terbuka itu, kadangkala lebih banyak keburukan yang kita lihat dari kebaikan.
Cuba ambil tangan dan tutup mata kita sebentar. Apa yang kita nampak?
Sekadar kegelapan kan.
Biarkan lama sedikit, tiba-tiba sahaja kita akan nampak pelbagai warna yang samar-samar.

Begitulah hakikatnya kehidupan ini.
Kita menyalahkan takdir yang berlaku pada kita. Kita rasa segalanya seolah tidak adil.
Kita terlupa kita cuma manusia biasa, siapa kita untuk mengatakan Dia tidak adil dalam hidup kita.
Hanya Allah yang berhak menilai adil ataupun tidak.
Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri hambaNya.

Hari ini kita disakiti,
hari ini kita bersedih,
hari ini kita menangis,
hari ini kita menyesal.

kerana apa?
sebenarnya...
kerana kita tidak percaya dengan qada dan qadar Allah.

Kalau kita percaya,
kita takkan bersedih atas dugaan itu,
kita akan tersenyum kerana kita dipilih untuk diduga,

Jadi
percayalah, setiap yang berlaku itu sebenarnya
Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita...

Cintailah Dia yang satu... kerana tiada siapa yang kekal melainkan Dia.

Hanya dalam kegelapan, kita bisa nampak cahaya. ~ aurabutterfly


Tanpa rela

Pernahkah terasa bagaimana tersepit?

Ibarat diluah mati emak, ditelan mati ayah.
Terlalu cinta tapi tidak suka.
Benci tetapi terpaksa teruskan.
Untuk apa? Sampai bila?


Terasa dipaksa berlari di atas taburan kaca dengan sepatu di tangan ~ aurabutterfly

Doa

Semoga suatu hari Allah akan mendengar doaku.

Saban tahun doa itu tidak pernah berubah.

Kita hanya perlu percaya dan yakin. Jangan pernah putus asa.
Sekiranya usaha tidak berjaya, sekurang-kurang doa jangan pernah putus.
Yakinlah Dia maka mendengar.
Insya-Allah, suatu hari doa itu akan dimakbulkan.
Ya, aku masih menanti saat itu tiba.
Semustahil mana pun kita menilai sesuatu perkara, yakinlah tiada yang mustahil bagi Allah.


Pernah satu malam yang dipercayai malam lailatur qadar...
Tahukah apa doaku malam itu?
"Ya Allah, andainya malam ini lailatur qadar... maka makbulkanlah segala doa-doa ibuku."