Dear Diary dan Kembar Terpilih


Dua minggu lepas, aku dan team PTS pergi Berita Harian dan Utusan. Tak dinafikan memang banyak dugaan untuk aku hari tu. Semua yang pergi hari tu tahulah apa yang terjadi. Dari start pegi sampai balik, dugaan sepanjang jalan.

Boleh masuk dlm unfortunate event la kiranya. betul-betul menduga kesabaran aku. Tapi aku masih lagi mampu tersenyum walhal kete aku dah pun selamat dihantar ke bengkel hari tu. Aku dah start terbayang berapa byk RM terbang tambahan pula bila kerosakan tu melibatkan gearbox. Uwaaaa.....

Aku cuma berdoa mungkin ada hikmahnya. Tapi misi aku tetap berjaya. Walaupun kereta rosak. Aku gagahkan juga ke destinasi terakhir kami iaitu pejabat Utusan memandangkan waktu kerja hampir tamat. Macam mana nak balik belakang kira. Yang penting... Misi aku selesai.

Mungkin ini penawar bagi dugaan aku. Akhirnya buku-buku PTS One di review juga dalam akhbar Utusan pada 16hb Disember 2006. Terima kasih buat Maria dan team Yo! di Utusan. Ulasan yang menarik!