Gadis dan Gathering

Warga wangsa budi + nor + Izah
Apa yang dah rentung tu... terbalikkan cepat!
Peace!

Wangsa Budi, 26 Jan 2008

Jam 6.30 pagi, mandi, solat dan bersiap-siap nak pergi jogging. Hahaha. Macam tak caya je kan. Bersemangat sikit sebab Nor nak ikut sekali. Pagi-pagi sibuk cuba tracksuit dan t-shirt. Siap aku offer stoking baru lagi.

"Nak pergi mana ni?" tegur Dada yang terkulat-kulat bangun tidur sewaktu kami melangkah turun ke tingkat bawah.

"Kami nak pergi jogging," jawabku selamba. Nor tersengih-sengih sambil memakai stoking baru yang siap ada jari, macam sarung tangan pula.

"Ada raket tak?" tetiba aku rasa teruja nak main badminton. Dada sekadar mengangguk lantas beredar masuk ke dalam biliknya.

"Tapi besarlah sikit. Tak tahulah akak muat ke tak?" Dada menghulurkan sehelai jaket biru yang agak besar. Aku memandang Nor sambil mengangkat kening. Nor mula ketawa.

"Akak cakap raketlah, bukan jaket," balasku sambil ketawa. Dada mula tersenyum malu.

"Ada... ada," balasnya lantas terbongkok-bongkok di bawah tangga mencari raket badmintonnya.

Aku dan Nor menghabiskan masa pagi tu bermain badminton sepuasnya.


"Jom main buaian," ajak Nor secara tiba-tiba. Aku cuma tersenyum. Memang itu salah satu aktiviti wajibku setiap kali aku pergi ke taman permainan itu. Mengalahkan budak-budak, kami berlumba-lumba tengok buaian siapa yang paling tinggi ayunannya. Macam biasalah, mestilah buaian aku.

"Kau tak gayat ke?" soal Nor. Kelihatan budak-budak lain memandang kami dengan muka tidak puas hati.

"Taklah. Dulu masa aku kecil, rumah aku betul-betul depan padang permainan. Aku selalu main buai yang lagi tinggi dari ni. Buai laju-laju pastu berdiri atas buaian, lepas tu kami terjun dari buaian tengok siapa boleh lompat paling jauh," balasku sambil melajukan ayunan buaianku.

Sampai di rumah, berkobar-kobar masak jemput-jemput ikan bilis @ cekodok ikan bilis untuk sarapan anak-anak di rumah. Macam mana nak kurus, balik senaman terus makan lak.
Lepas tu pergi ofis pts, ambil filem memandangkan aku akan bercuti hari Isnin. Hari ni kena jadi orang g-dex walaupun hari ni sebenarnya hari cuti.

Konon-konon nak ikut jalan short cut ikut bandar tasik permaisuri. Tapi lepas tu sesat barat ntah ke mana. Nak call GPRS tapi takde kredit lak. Terpaksa la ikut gerak hati. Last-last sampai juga ke Bandar tasik permaisuri, hantar dokumen pada dia. Hantar filem ke BS Print di Jalan Kuchai Lama dan Prin-Ad di Taman Sg Besi. Lepas tu, terus balik ke rumah mak.


Petang ni ada gathering kat rumah Kak Nor ngan Abg Zarin. Janji dengan Geng Wangsa Budi (Izah dan Nor pon ikut sekali) jumpa depan Uniten sebab diorang tak tahu jalan ke sana.

Sampai di sana, Abg Arief, Hanim, Buja, Fiza, Lia dan Nazri dah ada di sana. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Ada yang tukang makan, tukang bakar n tukang halau lalat. Ada kebab, ada ayam bakar, udang bakar, sotong, sosej (menu kak nor dan Che cik). Aku cuma bwk limau sekotak. Fiza n buja masak pasta. Yang makanan lain tak sempat nak interview sapa tukang masaknya. Yg pasti rombongan wangsa budi masing-masing bawa air botol sorang sebotol.

Kali ni lebih meriah daripada majlis gathering sebelum ni.
Seorang demi seorang tetamu mula hadir. Ikhram sekeluarga, Zain dan Kak Ina Popular, Bahar dan Imran. Abg Faris sekeluarga, kawan-kawan Shidan dan Kak Shaza. Kak Shaza bawa garlic bread. Sedap tau! (maklum la aku yg tukang sapu n bakar) Hehehe... Pukul 10 malam, baru aku tiba semula ke rumah.

Rugilah sapa yang tak join. Tapi tak mengapa, Kak Nor nak jadikan aktiviti bulanan. So next month, insya-Allah ada peluang lagi.

Gadis dan Sungai




Tetiba sahaja Persatuan orang-orang takde life menganjurkan sesi berendam di sungai. Tak sangka plan on the spot itu mendapat sambutan ramai pihak. Ingat nak ajak ayu, tapi rasanya tak sempat sbb terlampau on the spot.

Malam tu semua tidur di wangsa budi sebab risau jalan jam di batu caves sempena sambutan Thaipusam. Menu pagi tu mee goreng (Ann), sandwich telur (Fir) dan sandwich sardin (Nor). Yang paling tak sangka, Feeza pun dapat kebenaran Qalif untuk mengikuti rombongan kali ini.

Aku la paling seronok.. Dhia tidur ngan aku malam tu... Dhia yg comel...

Dari jam 10 pagi-2 ptg kami di Sungai Congkak. Pagi-pagi dah buat spoil, kantoi masuk jalan sehala. Malu sekejap dengan orang tu.
Kat sana, siap buka salun rambut n sesi urut mengurut dalam air. Memang seronok lah.
Hala balik, sempat lagi kami menyinggah di menara peninjau (ada memori tu kat situ).

Gadis dan Zoo






Hari tu tak tahu nak ke mana. Lepas Ikin dan Dila balik Segamat, aku dan zaza gi sarapan di kedai makan tidak jauh dari wangsa budi. Lepas makan, sempat juga kami menyinggah ke pusat pameran proton. Tengok Saga BML yang baru dilancarkan. Macam biasalah, pakai tak semenggahkan, so mana ada salesman yang nak layan kami. So layan diri la. Bila nak minta pamplet pun macam tak nak bagi saja. Dia ingat kami budak sekolah agaknya (perasan muda lak!).
Destinasi seterusnya, pejabat pos. Beli sampul surat pos ekpress. Ingatkan kena ambil nombor, rupa-rupanya tak payah. boleh beli terus di kaunter. Nak buat macam mana, orang skema memang apa-apa nak ikut prosedur. Tiba-tiba, mata kami tertangkap satu iklan semasa sibuk melilau mencari kotak pos ekpress dalam pejabat pos itu.

Pekerja part time diperlukan di Zoo Negara. Sila hubungi.... bla... bla...

Tiba-tiba saja, timbul satu rasa dalam diriku. Bibirku mula menguntum senyum. Zaza memandangku dengan muka tanda tanya.

"Jom pergi Zoo nak?" Aku sudah tersenyum lebar. Berdebar juga menunggu reaksi Zaza.

"Zoo?" Zaza mengangkat kening. Kemudian dia mengangguk.

"Gilalah kita ni..." ujarku sambil menutup pintu kereta.

"Mesti Dada dengan Kiki jealous." Zaza ketawa mengekek.

Dengan berkobar-kobar, kami mula melangkah ke kaunter Zoo Negara. Mengalahkan budak sekolah, excited terlebih.

"Alamak, mana pula duit ni?" Aku cemas apabila tiada duit dalam dompetku. Perasaanku yakin benar masih ada lagi RM50.

"Hah? Takpelah. Pakai duit saya saja," balas Zaza lalu mula beratur membeli tiket.

Aku masih meraba-raba dalam beg tanganku. Mencari manalah duit RM 50 tu aku selitkan. Nak bayar guna kad kredit, terang-terang tulis di situ, Urusniaga tunai dalam ringgit Malaysia.

Jadi hari ni kami menghabiskan masa hampir setengah hari di Zoo Negara. Seronok sangat. Mengalahkan bebudak. Aku sebenarnya rindu nak main ular sawa. Akhirnya lepas gak gian nak main ular tu. Sempat gak aku tidurkan dia kat tepi paha aku, siap tepuk2 macam baby lagi. Elok je dia berlingkar kat paha aku, lena betul dia tidur. Comel sangat bila dia tidur ngan kepala terlentok macam tu.


Lelaki Idaman

Oh tak pernah ku duga
Hidup ini menjadi
berubah
Cahaya gemerlap di sini
Sinari setiap langkahku

Oh semenjak denganmu
Semua gundah menjadi
berubah
Keyakinan semua tentang
cinta
Kembali tumbuh di hati
Oh... ku bahagia

Ada engkau lelakiku
Di hatiku hanya ada kamu
sayang
Di mimpi malam ku ada
kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu
sayang
Semua lagu tercipta
Hanyalah untukmu oh
asmara

Oh lelaki idaman
Memang kamu tak ada
yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu



Aku tak pernah punya impian.

Bagi aku, bila kita terlalu mengharap...

kita akan sakit apabila ia tidak menjadi kenyataan.

Jadi, lebih baik tidak berharap.

Sekurang-kurangnya, kalau dapat, kita rasa beruntung.

Kalau tak dapat, kita tak terasa rugi.

Mungkin orang lain akan kata, itu cuma kata-kata orang yang takut dengan risiko.

Tapi, aku peduli apa dengan kata-kata orang.

Hidup aku, suka hati akulah.