Kerja... Kerja... Kerja (25X)... cuti..........

"Cukup ke duit nak balik Malaysia ni. Aduh, pusing kepalaku."

Shopping... jgn tak shopping tapi dua jam je. Huhuhu.... Kami sempat singgah ke Tanah Abang je. Tanah Kakak masa tu tak sempat pegi. (Ada ke Tanah Kakak?)


Makan Nasi Padang kat Restoran Garuda. Harga pun Garuda jugak le. Tapi dah lapor, makan je la apa yang ada yek...



Rombongan Cik Kiah ke Jakarta.


Asyik-asyik kerja je. Minggu ni managerku cuti lama... bestnya... (sebenarnya jealous!) Lepas pesta buku ni pun, baru je aku baik batuk dan selesema.

Last aku cuti2 Malaysia bila ye. Kalau tak silap aku awal bulan Disember tahun lepas. Itupun kerja merangkap cuti le... Ditaja oleh PTS ke Pesta Buku Jakarta. Ni gambar aku masa gi Jakarta. Dulu tak sempat nak publish kat blog. Tengok gambar2 ni semua... aku rasa macam nak gi bercuti la juga.
Hmm... aku nak apply cuti esok la... Nak gi luar negara... kat Thailand pon takpe.. yg penting kalau org tanya... aku boleh cakap la pergi oversea... Hehehehe...


PBAKL 2007

Terduduk dan kebuluran macam dah dua minggu tak makan...
Sesak betul. Kat kaunter takyah cite la... Macam nak tercabut tangan

Team PTS One yang excellent. Dua dah kena sumpah jadi rabbit.



Pesta Buku... selama 10 hari di PWTC. Aku bertugas selama 9 hari, hari-hari terakhir kena sumpah jadi rabbit... Letihnya tak tahu la nak cerita....

Tapi alhamdulillah, aku rasa puas sangat tengok sambutan masa pesta buku tu. Gerai penuh sesak. Walaupun penat, tapi aku rasa berbaloi. Nampak Team PTS One menang tahun ni dengan kutipan paling tinggi (Tu yang bangga sesangat tu!). Tahniah buat semua team member dan semua penulis yang sudi hadir menjayakan pesta buku kali ni.

Tak lupa juga terima kasih untuk semua peminat dan pengikut buku-buku keluaran PTS One. Kekadang rasa nak juling mata tengok mak ayah yg memborong buku untuk anak-anak mereka.

Hati juga tersentuh apabila ada adik yang menangis gara-gara tidak dapat membeli buku kesukaan mereka. Ciannya dia. Takpe... nanti cari kat MPH dan Popular ye!

Di sini ada beberapa gambar yang sempat dipinjam dari rakan-rakan yang ada kamera baru semasa pesta buku. Hehehe....