Selamat Pengantin Baru Abg Lan dan Kak Bae


Semoga berkekalan hendaknya... Amin
Mula-mula mmg niat nak g kenduri kawin diorg.... tapi takde member la pulak yang nak gi...
Jauh... kat terengganu...
Jadi bagi hadiah je la.. siap pesan kat abg lan jgn bukak dulu sbb bg seminggu awal.
Anyway, tahniah la...

Yang dah selamat... linda(along), harry dan shery, abg lan ngan kak bae...
Kalau dulu cukup geng.. 5 lelaki, 5 pompuan...
so 2 lelaki dan 2 pompuan dah selamat...
Tinggal lagi 3 pasang.... kuikuikui...
yg 3 pasang ni macam takde kesedaran je lagi... hehehehe....

Gambar along takde... Along pon mcm dah lost contact je ... lepas kawin...huhuhu

Harry ngan Shery ... (satu2nya couple yang kawin sama geng... setakat ini la...)


Harapan yang tak kesampaian.


Aku dah lama tercari-cari siapa yang mendendangkan lagu ini. Senikatanya benar2 menyentuh hati. Huhuhu...

Harapan - Fazli Zainal

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.

Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Lagu/lirik: Hazami


Kadang-kala bukan kehendak kita... tapi kita terpaksa merelakannya...

Dispora Singapura

Novel yang br siap ku edit dan layout... Menarik... Aku tertarik dengan gaya penulisannya... Imad, semoga terus sukses ok. Chayok2...


Diari kehidupan seorang penuntut di UIA bernama Shamsuri. Hatinya sudah terpaut kepada anak gadis salah seorang kenalan ayahnya yang bernama Maryam sejak kecil lagi. Namun Shamsuri berasa hampa selepas Maryam menolak cintanya itu kerana selama ini dia menyangka dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Namun hatinya terubat kembali selepas bertemu Idayu dan Fauzana yang merupakan rakan sekampusnya. Walaupun mereka cuma berhubung melalui SMS dan surat, itu sudah cukup buat Shamsuri. Dunianya terasa ceria semula. Shamsuri jatuh hati pada Idayu kerana Idayu ibarat burung merpati yang boleh didampingi tapi sukar ditangkap. Itu yang membuatkan Shamsuri semakin bertekad untuk memiliki hati Idayu.
Rupa-rupanya dalam diam, Idayu sudah ada teman dan Shamsuri tidak dapat menerima hakikat itu kerana Idayu membohonginya selama ini.
Eizlan yang merupakan rakan baik Shamsuri merasakan dia perlu berbuat sesuatu apabila melihat Shamsuri yang tertekan dengan Idayu ditambah pula dengan berita pemergian neneknya. Shamsuri cuba menyibukkan diri dengan aktiviti Kelab Pemuda Quranik dan Kelab Penyayang yang dipengerusikan oleh Eizlan. Di kelab itu, dia berdepan pula dengan Nur, seorang gadis misteri yang bermasalah dan selalu muram. Shamsuri mula lupa akan masalahnya dan cuba menyelongkar masalah yang dihadapi oleh Nur. Hatinya terpaut pula pada Nur namun Shamsuri bersyukur kerana Nur berterus-terang yang hatinya sudah dimiliki dan tidak membiarkan Shamsuri terus berharap seperti mana Idayu pernah lakukan dulu
Zarifah, kenalannya dari satu kelas di setiap pagi Sabtu. Dia hanya menghantar SMS pada Zarifah tanpa memperkenalkan dirinya. Zarifah memberikan respon yang baik dan cuba mencari identiti si penghantar SMS misteri. Serangkap pantun di hari Shamsuri memberi syarahan merungkai segala persoalan. Perkenalannya dengan Zarifah cuma seketika. Gadis itu rupanya hanya mahu bersahabat sahaja. Sekali lagi, hati Shamsuri tidak sempat berbunga.
Dalam diam, Shamsuri mengagumi sifat Nisa’, kenalannya semasa dalam Kelab Penyayang. Eizlan selalu mengusik Nisa’ dan cuba memadankan Nisa’ dengan orang-orang tertentu tetapi Nisa’ menolak dengan tegas. Baginya, Nisa seorang gadis yang berprinsip dan tidak mudah melatah. Entah mengapa, perasaan pelik menerjah di jiwanya dan tidak suka Nisa’ diusik dengan orang lain. Dia sendiri bingung mengapa tiba-tiba perasaan cemburu mengisi hatinya.
Satu malam, Shamsuri, Aroy dan Helmey mula membincangkan nasib mereka yang tidak punya teman istimewa. Maka, malam itu tertubuhlah Kelab Bujang Sekampus dan ahlinya mestilah orang yang tidak mempunyai teman yang istimewa. Aroy dan Helmey mula merancang ingin mencari lubuk yang sesuai untuk memasang umpan. Namun begitu, Shamsuri pula membuat keputusan ingin meneruskan statusnya yang tidak berteman itu sepanjang pengajian.
Sahabat Shamsuri, Aiman difitnah orang gara-gara gambar Aiman dan Effa yang bergandingan mesra terpapar di frenster. Aiman yang sebelum ini dihormati kini mula dikeji. Rupa-rupanya, Effa mengidap penyakit leukemia dan Aimanlah yang sering menemaninya ke hospital. Aiman meminta Shamsuri meleraikan salah faham yang sudah timbul dikalangan rakan-rakan sekampus. Tiba-tiba, Effa mula menuduh Shamsuri yang menghebahkan salah-faham itu. Pertengkaran anatara Effa dan Shamsuri menyebabkan Effa jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Secara tidak langsung, hubungan Aiman dan Shamsuri menjadi retak dan terjejas teruk.
Shamsuri akhirnya mengakui pada Eizlan akan perasaannya pada Nisa’. Eizlan begitu bersemangat menyokong keputusan Shamsuri. Namun Shamsuri masih bimbang Nisa’ akan menghampakannya dan merasakan Hazique (adik Eizlan) yang rapat dengan Nisa’ turut suka pada Nisa’. Eizlan menafikannya dan berjanji akan menyelidik perkara tersebut. Tekaan Shamsuri memang benar dan Eizlan terpaksa menarik diri dan tidak dapat membantu Shamsuri.
Nisa’ mengetahui hubungan Shamsuri dengan Fauzana dahulu. Terpaksa pula Shamsuri menjelaskannya. Ahli Kelab Penyayang selalu menggosipkan Nisa’ dan Hazique membuatkan Shamsuri tambah cemburu. Namun, Nisa’ ada memberikan respon positif membuatkan Shamsuri merasakan dia masih ada harapan.
Nisa’ digesa oleh ibunya memberi jawapan siapa pilihan dihatinya sebelum 1hb April. Selain Shamsuri, ramai lagi yang menagih perhatian Nisa’ menyebabkan sukar untuknya membuat keputusan.
Surat lipatan burung merupakan strategi terakhir. Kali ini, Shamsuri mempertaruhkan persahabatannya dengan Nisa’. Dia sudah letih menunggu. Kali ini, dia bertekad meskipun rasa takut pada kenangan silam masih terbuku di hatinya, dia akan berterus-terang. Kerana dia sudah bosan hidup tanpa arah. Kerana dia tidak mahu lagi menjadi diaspora yang terbang ke sana sini ditiup angin tanpa tujuan.