Dunia hari ini...

Dahulu aku selalu membayangkan tentu mereka yang terdedah dengan budaya luar atau merantau, mungkin mereka lebih senang terjebak dengan masalah sosial. Bagaimana agaknya mereka mengawal diri di tempat orang? Apakah mereka pulang membawa budaya asing dan lupa pada adab santun budaya Melayu atau pegangan agama? Hatiku terkesan bila aku mengenali insan-insan yang masih sempurna dan adakalanya lebih baik daripada manusia yang tidak keluar merantau.

Apabila aku lihat, di sini... di tanahairku sendiri. Makin lama, makin ramai yang hanyut. Sedangkan bumi ini dekat dengan budaya Melayu dan asas agama yang kuat. Kadang-kadang aku terasa aku seperti rama-rama yang baru keluar dari kepompong. Baru mengenal dunia. Rupanya begitu banyak perkara pelik! Terasa takut dengan sekeliling.

Manusia mula berubah terutama bila mula merasa mewah. Kemewahan seolah menjanjikan kebebasan. Mungkin kerana itu Allah tidak mengurniakan kemewahan padaku, ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang terlalu sedih melihat sekeliling. Apatah lagi menyaksikan manusia yang semakin alpa dan makin lama hanyut dengan kebebasan yang terang-terangan hanya menjanjikan dosa. Aku hanya mampu melihat dan berdoa semoga Allah memberikan mereka petunjuk dan mengampunkan dosa mereka.

"Ya Allah, hanya kepadaMu ku bermohon agar Kau berikan petunjukMu. Kuatkan imanKu dan temukan aku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalanMu..."