Monday, November 09, 2009

Tugasan Baru

Lama tak update blog. Terlalu sibuk. Sampai tak sedar yang layout dah berubah.

Tuesday, June 16, 2009

Dunia hari ini...

Dahulu aku selalu membayangkan tentu mereka yang terdedah dengan budaya luar atau merantau, mungkin mereka lebih senang terjebak dengan masalah sosial. Bagaimana agaknya mereka mengawal diri di tempat orang? Apakah mereka pulang membawa budaya asing dan lupa pada adab santun budaya Melayu atau pegangan agama? Hatiku terkesan bila aku mengenali insan-insan yang masih sempurna dan adakalanya lebih baik daripada manusia yang tidak keluar merantau.

Apabila aku lihat, di sini... di tanahairku sendiri. Makin lama, makin ramai yang hanyut. Sedangkan bumi ini dekat dengan budaya Melayu dan asas agama yang kuat. Kadang-kadang aku terasa aku seperti rama-rama yang baru keluar dari kepompong. Baru mengenal dunia. Rupanya begitu banyak perkara pelik! Terasa takut dengan sekeliling.

Manusia mula berubah terutama bila mula merasa mewah. Kemewahan seolah menjanjikan kebebasan. Mungkin kerana itu Allah tidak mengurniakan kemewahan padaku, ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang terlalu sedih melihat sekeliling. Apatah lagi menyaksikan manusia yang semakin alpa dan makin lama hanyut dengan kebebasan yang terang-terangan hanya menjanjikan dosa. Aku hanya mampu melihat dan berdoa semoga Allah memberikan mereka petunjuk dan mengampunkan dosa mereka.

"Ya Allah, hanya kepadaMu ku bermohon agar Kau berikan petunjukMu. Kuatkan imanKu dan temukan aku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalanMu..."

Thursday, March 05, 2009

Bermunajatlah...

Hari ini tazkirah di ofis. Diberikan oleh rakan sekerja yang baru, Cik Husna.
Topik yang menarik. Fitnah ini ada lisan dan ada yang bertulis.
Semua orang mungkin pernah mengalaminya. Semoga semua bermuhasabah diri.
Kita cuma manusia biasa dan tidak dapat memuaskan hati semua orang.
Kita juga tidak dapat membendung sekiranya ada orang salah anggap pada kita. Apatah lagi menghalang orang bercakap tentang kita. 

Kadang-kadang kita rasa kita tidak buat salah tapi masih lagi dipersalahkan. Bila orang sudah ada persepsi yang negatif, sukarlah untuk diubah pandangannya. Mungkin ada sikap kita tanpa disedari menyakiti orang lain tanpa disengajakan. Maafkanku.
Walaupun kita punya cukup bukti yang  jelas menunjukkan kesalahan seseorang pada kita. Tetapi tidak kita dedahkan kerana tahu kesannya pada hidupnya.... 
Cuba kaji semula pernah dia menyakiti kita seperti kita menyakitinya? Pernahkah dia membalas kata-kata kesat seperti mana kita bercakap atau menulis padanya? Lebih-lebih lagi orang yang kita sakiti itu orang yang banyak membantu kita waktu tiada siapa yang memandang kita...
Dalam berkawan, jangan terlalu percaya dan meluahkan segala kelemahan kita. Tiada siapa yang tahu, bila suatu hari orang yang dianggap kawan menggunakan semula kelemahan itu untuk menyakiti kita semula. Tiada yang lebih menyakitkan daripada itu.

Aku sendiri tidak pernah mampu membenci orang yang pernah menyakitiku. Dalam setiap perbuatannya yang menyakitiku, aku cari kebaikan yang pernah dilakukannya untukku. Supaya aku dapat memaafkan segala kesalahannya.
Cuma yang pernah dipesan oleh emak, "Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang."
Itu semua dugaan hidup. Dugaan kerana Allah masih sayangkan kita. Tanda Dia masih mengingati kita. Redhalah.
Berserah sahaja kepada Allah. Hanya Dia yang lebih tahu. Bermunajatlah.

Friday, January 23, 2009

Busy.... Macam biasa



Rasanya hidup aku dah kembali seperti masa tahun pertama kerja di PTS One dulu. Stay back dan berhempas pulas fikirkan konsep baru. Workoholic.

Hendak fikir dan bina satu konsep baru. Bukan perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang keras. Otak kena sentiasa berfikir bagaimana nak buat sesuatu yang lain daripada yang lain.

Buku yang sedang aku layout sekarang bertajuk Miss Epal. Bakal terbit bulan Februari kalau tiada aral melintang. Cover dah siap... tapi buat sementara, biarlah rahsia.

Nak mula menulis semula. Takkan nak biar tulis satu novel saja. Kawan-kawan, tolong bagi sokongan ya!

Wednesday, December 03, 2008

Roadtour DYTD di Kinta City, Ipoh

Kak Ann dan Kak Yayah (pakai jaket limited edition Farihah Iskandar)



Sabtu lepas ke Kinta City, ada event di sana bersama Kak Yayah dan Kak Emi. Ramai yang datang menyertai pertandingan menulis entri Dear Yayah. Jumpa dengan Kausar di sana. Dia pun turut serta juga.
Ada banyak entri yang menarik tapi tak menang sebab menggunakan ejaan seperti bahasa SMS. Rupanya ramai remaja Melayu yang terpengaruh dan suka menulis menggunakan ejaan yang tidak betul. Sedih :(

Masih ada lagi peluang untuk adik-adik menyertai pertandingan ini di Mid Valley (13 Dis) dan Ikano, Mutiara Damansara (20 Dis). Tote Bag yang menarik menanti adik-adik. Jealous betul!

Tuesday, November 25, 2008

Homestay Bayu dan Kerepek AF



Ini cover baru buku Kak Ann. Cantik tak? Tolong tinggalkan komen ya, adik-adik!

Labels:

Friday, November 21, 2008

Ann, tolong fikirkan produk baru!

Demikianlah amanat yang aku terima.

No problem. :D
Nak create apa? PTS Two? PTS Three? Hahahaha...

Ann, wake up!
Fikirkan produk baru!

So, sekarang aku tengah fikirkan produk baru...

Adik-adik yang tercinta... Nantikan produk baru dari Kak Ann okey.
Dua novel baru ni tajuknya Homestay Bayu dan Kerepek AF
Bulan Disember ni keluar... khas untuk bacaan cuti sekolah!
Nantikannya tau...


Labels: