Demi kerja...


Esok mak nak buat kenduri arwah utk abah dan semua sanak saudara yang sudah meninggal dunia. Pasti sekarang rumahku meriah dengan kehadiran saudara-saudara untuk membuat persiapan kenduri esok.

Minggu ni aku sibuk menyiapkan remaja@ptsone 2008. Sepanjang minggu ni hampir setiap hari aku cuma sempat tidur 2 jam sahaja. Waktu ini masih di pejabat walaupun jam sudah 11.30 malam. Lepas ni nak balik ke kajang. Mungkin Isnin ni aku akan ke pejabat lagi walaupun satu Malaysia cuti.

Maafkan kak long, mak. Tak dapat bawa mak ke pasar dan tolong buat persiapan malam ni. Siapalah yang faham... Mak sahaja yg cuba faham dengan tuntutan kerja kak long. Terima kasih mak....

Dah lama tak jenguk blog ni. Aku selalu gagal mengeksperesikan perasaanku di blog ini... sebab aku tahu ia bukan diari yang hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Bimbang catatan disalah ertikan. Bimbang luahan akan beri kesan pada hidup orang lain....

Kepada keluarga dan teman-teman, terima kasih kerana memahami kesibukan. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia dikala aku amat memerlukannya.

Biasanya orang yang happy go lucky ... sebenarnya orang yang cuba menyembunyikan kesedihannya. Ada yang kata aku berubah jadi melankolik apabila menulis. Jiwa aku memang begitu, nak buat macam mana? Aku mohon maaf kalau ada bicara yang mengguris perasaan.

Selamat berpuasa!

4 comments:



ney said...

sila rebel kalau perlu =D

alifstyle said...

Aku tak melukis pun kat remaja@ptsone seperti yang dipinta. Waragahagahagahagahagahagahag!

maafkan aku kerana terlalu lemah.

Ilmar Imia said...

go kak N!! =)

ann said...

Hmm... setiap kesabaran ada hadnya...

Begitu juga dengan aku, kerana aku juga manusia....

jangan pernah lupa...