Ya allah, tabahkan hatiku...

Dugaan datang bertimpa-timpa. Tak diduga. Kali ni selepas aku terima berita kematian atuk saudaraku, keesokkannya ibuku pula dimasukkan ke wad kecemasan.

Doktor mengesahkan tulang pinggulnya patah dan dia ditahan selama 7 hari di wad.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu  betapa hancur hatiku melihat kepayahannya untuk bergerak dan bernafas ekoran kemalangan yang menimpanya itu. Aku cuba kuatkan semangat. Tak mahu tunjukkan kesedihanku. 7 hari itu aku duduk di hospital menjaganya. 

Kepada yang memahami, aku ucapkan terima kasih. Aku sedih bila ada yang tidak cuba faham akan keadaanku sebaliknya semakin menekanku. Aku bukan pergi bercuti! Dalam hidupku tiada apa yang lebih penting selain keluargaku. Memang aku tertekan.

Sekarang mak dah keluar dari hospital tetapi terpaksa bergantung dengan bantuan kerusi roda. Aku terpaksa masuk semula ke pejabat dan adik yang menjaga mak. Semoga Allah sahaja membalas segala pengorbanan adik.

Ya Allah, semoga kau sembuhkan ibuku seperti sedia kala. Kau berikan aku ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. Amin.

"Kau takkan pernah faham kerana kau tidak lalui apa yang aku lalui..."-aurabutterfly

7 comments:



Temi said...

sabarlah ann, aku tau apa yang kau hadapi sekarang...

i'm praying for u, my friend

take care

madoka miyajima said...

Ann...

KJid doakan Ann dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi segala dugaan ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ann dan moga mak kembali sembuh seperti sedia kala... Ameen...

ann said...

Thanks...

Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan untuk kalian.

Amin.

emilayusof said...

Sabar Ann. Mak dah sihat?

ann said...

Alhamdulillah, mak dah okey sikit. Kuasa Allah melebihi segalanya. :D

Unknown said...

hmm,, inilah dugaan dalam kehidupan kan.. Allah nak uji kasih sayang kita terhadap ibu tu..

ann said...

Tq zul...
Allah menguji sama ada kasih-sayang itu masih kekal walau apa saja keadaannya.