Cerpen raya dan duit raya!

Assalamualaikum…

Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.

Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...

Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!

Spesifikasi cerpen

Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)

Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)

Hanya 6-8 halaman sahaja!

Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!

Sertakan sekali (diwajibkan)….

Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:


Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

2 comments:



Ilmar Imia said...

ala..dh terlepas tarikh la!

Nabihah Razak 01 said...

Akak, boleh ke saya nak hantar cerpen untuk tahun 2012 nanti? Kalau boleh, bila tarikh tutupnya? Ataupun Kak Ann akan umumkan nanti? Kalau Kak Ann akan umumkan nanti, tolong umumkan kat blog Kak Ann ye,saya akan ikut perkembangan blog Kak Ann selalu. Sebenarnya muka surat cerpen tu, 6-8 m/s atau 8-10 m/s? Itu sahaja yang saya nak tanya. Semoga Kak Ann dapat membalas komen saya secepat mungkin. Maaf kerana komen yang diberi terlalu panjang.
Sekian, terima kasih.