Apa yang kamu harapkan?
Percaya qada dan qadar
(
Tanpa rela
Pernahkah terasa bagaimana tersepit?
Doa
Semoga suatu hari Allah akan mendengar doaku.
Tugasan Baru
Lama tak update blog. Terlalu sibuk. Sampai tak sedar yang layout dah berubah.
Dunia hari ini...
Bermunajatlah...
Hari ini tazkirah di ofis. Diberikan oleh rakan sekerja yang baru, Cik Husna.
Busy.... Macam biasa

Rasanya hidup aku dah kembali seperti masa tahun pertama kerja di PTS One dulu. Stay back dan berhempas pulas fikirkan konsep baru. Workoholic.
Roadtour DYTD di Kinta City, Ipoh

Ann, tolong fikirkan produk baru!
Ya allah, tabahkan hatiku...
Lepaskan....
Demi kerja...

Esok mak nak buat kenduri arwah utk abah dan semua sanak saudara yang sudah meninggal dunia. Pasti sekarang rumahku meriah dengan kehadiran saudara-saudara untuk membuat persiapan kenduri esok.
Minggu ni aku sibuk menyiapkan remaja@ptsone 2008. Sepanjang minggu ni hampir setiap hari aku cuma sempat tidur 2 jam sahaja. Waktu ini masih di pejabat walaupun jam sudah 11.30 malam. Lepas ni nak balik ke kajang. Mungkin Isnin ni aku akan ke pejabat lagi walaupun satu Malaysia cuti.
Maafkan kak long, mak. Tak dapat bawa mak ke pasar dan tolong buat persiapan malam ni. Siapalah yang faham... Mak sahaja yg cuba faham dengan tuntutan kerja kak long. Terima kasih mak....
Dah lama tak jenguk blog ni. Aku selalu gagal mengeksperesikan perasaanku di blog ini... sebab aku tahu ia bukan diari yang hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Bimbang catatan disalah ertikan. Bimbang luahan akan beri kesan pada hidup orang lain....
Kepada keluarga dan teman-teman, terima kasih kerana memahami kesibukan. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia dikala aku amat memerlukannya.
Biasanya orang yang happy go lucky ... sebenarnya orang yang cuba menyembunyikan kesedihannya. Ada yang kata aku berubah jadi melankolik apabila menulis. Jiwa aku memang begitu, nak buat macam mana? Aku mohon maaf kalau ada bicara yang mengguris perasaan.
Selamat berpuasa!
Jangan pernah lupa!
Wajah yang selalu kurindu saban waktu. Air mukanya tidak ceria seperti selalu. Mungkin keletihan. Mungkin ada yang terpendam di jiwanya.
Andai aku punya banyak waktu. Inginku habiskan waktu itu bersamanya. Aku tak mahu ke mana-mana. Hanya mahu berada di sisinya. Memenuhi semua kemahuan dan hajatnya.
Namun, dia selalu membisu. Melindungi luka di hatinya. Sekadar melemparkan senyuman tawar dengan harapan aku tidak bertanya punca yang membuatkan dia resah.
Lukanya... lukaku jua. Hanya dengan suara sebaknya bisa membuatkan air mataku berlinangan. Nasihat-nasihatnya sebagai pedoman. Dia tidak minta duit. Dia hanya mahu perhatian dan kasih sayang. Dia hanya mahukan pengertian. Dia hanya mahu dihormati. Sukar sangatkah?
Antara pesannya, "Siapapun kita suatu hari nanti, ingatlah pada jasa orang yang banyak membantu kita waktu kita benar-benar memerlukan. Dan jangan sekali-kali melupakan apatah lagi tidak menghormati mereka."
Jangan pernah lupa...
Waktu kita sakit dan terlantar tidak berdaya, siapa yang berada disisi?
Waktu kita tak berduit, siapa yang sudi membantu?
Waktu kita tiada kenderaan, siapakah yang sudi menumpangkan?
Waktu kita sedih, siapakah yang menemani?
Waktu kita tiada kerja, siapa yang sudi membantu?
Waktu kita bukan sesiapa, siapa yang sudi memandang?
Mengapa sebagai manusia, kita tergamak melukakan hati orang yang pernah berkorban untuk kita? Lupakah kita pada semua pengorbanannya?
Mengapa mengagungkan orang yang tidak pernah berada disamping kita semasa kita susah? Di mana orang itu ketika kita susah?
Dalam setiap kebencianmu kepada seseorang, carilah sesuatu kebaikan yang pernah dilakukan untukmu. Insya-Allah, kebencian itu akan hilang. - aurabutterfly
Gadis dan kerja
Dah lama tak update blog. Tak sempat nak buat semua tu. Sebenarnya banyak sangat cerita nak tulis. Dalam masa beberapa bulan ni, banyak sangat perkara yang berlaku cuma aku betul-betul tak punya masa untuk menulisnya. Sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun.
Lepas partner aku kena tarik ke PTS Litera, makin sibuk jadinya. Aku rasa kalaulah sistem blogger ni boleh buatkan sawang kepada mana-mana blog yang lama tak di update mungkin blog aku ni dah tak nampak background lagi. Hehehe... (imaginasi tingkat tinggi! - kata Sheila (pelajar praktikal PTS One yang baru...)
Bulan Mei
15hb Mei 2008 Happy birthday Fara. Semoga bahagia selalu dengan tunang tersayang....
15hb Mei 2008 Happy birthday Abg Zarin. Semoga murah rezeki....
17hb Mei 2008 tarikh bersejarah dalam hidupku. Kawan baikku, Rosemas Edayu telah melangsungkan perkahwinannya dengan Ady Izwan. Kena paksa jadi pengapit. Huhuhu...
18hb Mei 2008 Happy birthday Zain. Semoga murah rezeki juga....
23-25 Mei 2008 Aku dan teman-temanku ke Singapura. Ada jemputan untuk mengadakan bengkel penulisan di sana.
25 Mei 2008 Selamat hari lahir Kak Nor@Farihah Iskandar. Siap buat sambutan hari lahir di MPH Alamanda lagi. Kami semua sempat wish dan nyanyi lagu happy birthday dari dalam bas panjang (masa tu kami di Singapura).
31 Mei 2008 Happy Birthday Nor! Semoga bahagia selalu. (Sejak bertunang, makin berseri-seri pulak dia)
Bulan Jun
4 Jun 2008 Happy birthday Roha dan Wanzu! Ceria-ceria selalu.
10 Jun 2008 Kunjungan teman penerbit dari Bandung, Rani. Tak sabar mahu ketemu lagi...
13 Jun 2008 Hari lahir adik kesayanganku, Dikna. Mujur masa ke Singapura tempoh hari dah beli hadiah untuknya. Sejak ada cerita Ezora, selalu la dia kena usik "Hai, Abang Bob..."
14 Jun 2008 Zaza selamat bertunang di Selama. Kami teman-teman serumah turut ke sana meramaikan majlis.
18 Jun 2008 Happy birthday Wani... (nanti akak kumpul duit beli lembu ya!)
20 Jun 2008 Hari lahir Ayu. Happy birthday Ayu...
Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Cerpen raya dan duit raya!
Assalamualaikum…
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!
Selamat Hari Ibu
Aku hanya punya ibu.
Ibu yang paling kusayang...
Mak,
Walaupun mak tak dapat baca blog ni. Kak Long cuma nak luahkan perasaan hati...
Mak adalah mak yang paling terbaik dalam dunia.
Walaupun seorang diri, mak berjaya juga besarkan anak-anak mak. Dan alhamdulillah semuanya jadi 'orang' (istilah yang mak selalu guna).
Mak,
Terima kasih atas segala pengorbanan mak selama ini. Semoga Allah sahaja membalas semua pengorbanan mak membesarkan kami. Walaupun begitu banyak dugaan dalam hidup mak. Mak memang tabah mengharunginya walaupun dalam hati cuma Allah sahaja yang tahu derita mak.
Mak,
Minta maaf kalau ada kesilapan atau bicara yang menyinggung hati mak sama ada secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih untuk segala-galanya...
Semoga Allah memberi kebahagiaan dalam hidup mak. Semoga sentiasa sihat dan dipelihara olehNya.
Kak long sayangkan mak.
Selamat hari ibu...
Salam sayang daripada anakmu.
Semoga kau bahagia selalu...
Teman,
Doaku semoga kau bahagia selalu...
Bersama pasanganmu yang selalu menyayangimu..
Ku sentiasa doakan kebahagiaanmu...
Jangan pernah lupakan aku...
Jangan lupa memori antara kita...
Walau di mana pun kau berada...
Ingatlah ada seorang teman yang tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan hidupmu...
Gadis dan teman
Aku punya teman. Aku tak tahu berapa lama kau akan kekal berada disisiku. Yang aku tahu, aku sayang padamu dan begitu menghargai setiap pengorbananmu.
Yang aku tahu, aku ingin sentiasa melihat senyumanmu.
Aku senang sekali bila kau bahagia. Bila kau gembira.
Aku berjanji kan berada di sampingmu dalam setiap suka dan dukanya.
Aku tak suka bila kau ada masalah... akan ada garis kedukaan di wajahmu.
Kalau boleh, aku mahu masalah itu selesai segera supaya aku dapat lihat senyuman pada wajahmu.
Aku tak mahu fikir apa akan jadi pada masa depan.
Aku cuma mahu menikmati setiap saat aku bersamamu.
Aku tak mahu fikir jika suatu hari kau meninggalkanku atau tidak lagi bersamaku.
Aku mahu buat yang terbaik sebagai temanmu.
Menghargai setiap pertolonganmu. Berterima kasih kerana hadir apabila aku benar-benar memerlukanmu.
Aku akan ingat pada teman yang bersama-sama waktu aku susah. Waktu dunia tidak memperdulikanku, aku tahu kau ada di situ menyokongku tanpa jemu.
Teman, walaupun aku tidak menulis namamu. Aku pasti kau tahu entri ini kutujukan untukmu. Kau anugerah Tuhan untukku. Aku berdoa semoga kau tetap jadi temanku hingga ke akhir hayatku...









